Selasa, 26 Mei 2015

Kehidupan Terindah...



Adakalanya tidak semua perkara harus dikongsi rasa, kerana sering jua hati ingin menyepi dan menggalas ujian dengan kudrat yang dianugerahkan. Ya, ditanggah usia sebegini, terasa lebih banyak berfikir kesan panjang di sebalik apa yang diucapkan. Agar tidak mengguris, menyentak, dan menoreh hati yang rapuh, adalah lebih baik biar ia terpendam ke dasar yang sukar dijamah dan ditafsir kepada si pemerhati. Oh Tuhan, hidup ini indah di sebalik pelangi yang tersiram dalam rona kehidupan singkat. Namun, aku semakin lama tidak melihat pelangi indah itu... adakah ia semakin berjauhan dari nista kekalutan yang aku cernainya sendiri... Allah, ampunkan hambaMu ini,..



Khalifah Farwis
27/5/2015

Tiada ulasan: