Rabu, 9 Februari 2011


Alhamdulillah, sajak "Cinta" telah tersiar di Harian Metro (Selasa 1 Februari 2011). Semoga dengan penerbitan itu, akan menambahkan semangat aku untuk terus berkarya menghasilkan puisi-puisi indah...Terima kasih kepada editor Harian Metro dan sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan...




CINTA…

Cinta adalah aksara mudah ditutur,
Senang dilakar namun sukar diselami.

Cinta adalah sebuah nikmat,
Kerana cinta, hati rawan cerlang terhibur.

Cinta adalah sebuah ikatan,
Kerana cinta, penyatu hati dua insan.

Cinta adalah segunung penawar,
Kerana cinta, penyembuh racun berbisa.

Cinta adalah sebuah batasan,
Kerana cinta, mawar berduri subur menguntum.

Cinta adalah sebuah rembulan,
Kerana cinta, penyuluh epilog kelam.

Cinta adalah sebuah mimpi,
Kerana cinta, aku tersedar dari lamunan fantasi.

Cinta adalah sebuah bahtera,
Kerana cinta, armada di lautan jauh belayar.

Cinta adalah sejuta kenistaan,
Kerana cinta, insan yang lemah rapuh dalam dakapan nafsu.

Cinta adalah sebidang kecelakaan,
Kerana cinta, iman bertakhta lebur berderai.

Cinta adalah seluas kekufuran,
Kerana cinta, nilai agama terbias di dada.

Cinta adalah selebar kesengsaraan,
Kerana cinta, kudrat utuh layu terkulai.

Cinta adalah seribu kesakitan,
Kerana cinta, hati berbunga kejam terbunuh.

Cinta adalah selaut dusta
Kerana cinta, sukma gemersik pincang ternoda

Cinta adalah cinta, kasih, sayang, dusta, sengsara dan lara,
Kerana cinta, aku hidup bersandar nafsu,
Kerana cinta, aku merintih ke jalan yang benar dan,
Kerana cinta, aku mengenali Tuhan.

(Telah diterbitkan oleh akhbar Harian Metro, Selasa 1 Feb 2011)



Isnin,  10.16 PM, 25.Octber.2010,
Kampus UKM Bangi, Selangor



Sabtu, 8 Januari 2011

SAYA MEMOHON BERJUTA KEMAAFAN KEPADA PEMBACA BLOG SAYA, KERANA SAYA TERPAKSA MENARIK BALIK SEMUA KARYA-KARYA PUISI YANG PERNAH SAYA MASUKKAN DI BLOG INI KERANA UNTUK TUJUAN PENERBITAN DI MEDIA CETAK, SAYA TIDAK BOLEH MENYIARKANNYA TERLEBIH DAHULU DI LAMAN ELEKTRONIK SEPERTI FB DAN BLOG. PERKARA ITU MENYALAHI ETIKA KEPENGARANGAN DAN BERTUJUAN MENGELAKKAN PLAGIAT. HAK EKSKLUSIF HANYA TERLETAK KEPADA PIHAK MEDIA CETAK YANG MENERBITKAN KARYA-KARYA KITA.INSYAALLAH JIKA ADA REZEKI, KARYA SAYA TERBIT DI MEDIA CETAK, BARULAH SAYA AKAN MEMASUKKAN KEMBALI KARYA-KARYA YANG TELAH DITERBITKAN SELEPAS TEMPOH-TEMPOH TERTENTU...SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI DAN SAYA BERPEGANG KEPADA ETIKA KEPENGARANGAN YANG TULUS:-)

Rabu, 5 Januari 2011

Kehidupan akan menemui penhujungnya setelah kita berhenti  bermimpi

Cinta akan menemui  penghunjungnya  setelah kita berhenti mempercayainya

Pengharapan akan menemui penghujungnya setelah kita  berjaya mengawal perasaan

Dan persahabatan akan menemui perhujungnya setelah kita berhenti bernafas.



Terjemahan ,
Khalifah Farwis
11.11 Pm, Rabu
05.01.2011