Jumaat, 31 Julai 2009

FESTIVAL PANTUN ANTARA KOLEJ....


Salam semua… episode kali ini jemari menari-nari utk membawa kalian megimbau kenangan lalu..huhuhu…baru2 ni mase duk khusyuk dgr kuliah, tibe2 memori lalu dtg mengusik…memori yg membuatkan aku tersenyum sendiri…nk tahu pe kenangan tu??? jeng…jeng… hiihi…jgn la suspen… biasa2 sudey…hhaha…sebenarnya kenangan tu dtg menjamah bila aku duk dgr keterangan lecture bg kuliah berkaitan Prosa Melayu… dlam kuliah tu adalah lecture sebut pasal pantun , kalo tk silap la…. tersentak dgn perkara tu aku teringat la kenangan lalu mase mnjadi pemantun kolej sempena FESTIVAL SENI LISAN antara kolej kediaman.. kolej kami menghantar dua team,..aku duk dlam team kedua..dah dua tahun berturut-turut aku mewakili kolej ke festival 2…mmg tak ramai laki yg join benda2 mcm ni sebab diorang ckp susah nk berfikir pantun secara spontan dlm tmpoh 80 saat…mmg la susah tp redah jelah…(tp ada cara tersndiri la) hihihi…. kali ni aku happy la sebab sebahagian juri pesta pantun tu adalah lecture yg mengajar aku… salah seorangnya ialah En.Zubir yg mmg mengenali aku… sebelum berpantun kami kene cabut undi sama ada berada pada posisi membeli @ menjual pantun..entah knpa la bila aku cabut je undi selalu je dpat posisi membeli…sengal tol..aku mmg tak suka duduk dlm posisi mcm tu…pening!!! sebab ia bersilang… (faham tak?bt2 faham je lah)..hihihi…. dalam setiap sesi ada 3 tema…hari kedua peringkat suku akhir tu kami dapat tema Ilmu pengtahuan, kepahlawanan dan Kesenian Kebudayaan.. tema 1 dan tema 2 berlangsung dgn baik…lawan aku time tu ialah dari kolej perubatan kuala lumpur… ermmm leh tahan la kami menjual dan membeli… tp bile msuk tema kesenian dan kebudayaan berlaku la perkara yg lucu.. mula2 pihak lawan menjual pantun kat aku, cun gak awex tu..hihi.manis je muka dia…siap panggil aku kanda lagi seblum menjual pantun tu…aduh syok tol…hahahah… so dlm temph 80 saat tu aku duk fikir la pantun menjawab soalannya..alhamdulillah boleh la jwab dlm tempoh kurang 80 saat…lps 2 tibe turn aku menjual balik kat dia. mula2 aku tuturkan rangkap pertama yg berbunyi

“ Bahtera Melaka layar ke Perak”

pastu sambung rangkap kedua

“ Badai menerjah ke Sulawesi”

…tibe2 dgr org gelak termasuklah En.Zubir..aku dah mula cuak takut aku salah tema menjual pantun. so aku bt tak tahu n trs je sambung ke rangkap2 setrusnya

“minda merdeka mana berpasak,

Nilai dijajah menyongsang tradisi?”

.. dlm mase 80 saat, si gadis manis tu menjawb la dgn senyuman mengoda…hhaha…so aku pun fikir la balik awat la diorang gelak time aku sebut “SULAWESI”..sebenarnya aku pun rase semacam je dgn pantun tu…yer lah, tak kan lah dari perak trs terpelanting ke Sulawesi…..hahahha…lps tamat festival tu aku pun tye lah kat En. Zubir pasal pantun aku tu…En.Zubir ckp pantun jwapan aku ok Cuma pada part pantun aku menjual ada kelucuan sikit…betul la tekaan aku yg audiens gelak sebab pantun aku tu ada unsur2 lawak…mmg tak logik bahtera dri perak trs trpelanting ke puncak Sulawesi dilanda badai…hahahha..lawak2.. lps tu En. Zubir siap perli lagi yg dia ckp akan panggil aku Sulawesi n nk bg tahu kat dlam kelas….hahahhaha….. lawak2 tol…tak pe, jd kan ia pengalaman utk pertandingan semester depan.. tak habis setakat tu berpantun.. ni plak pantun yg aku terima dr En.Zubir melalui msg dri fon semasa aku buat shortsem cuti smester hari tu..pantun En.Zubir tu berbunyi

Salam....terima la pantun sy neh…

Bersiar di taman membawa raga

raga diisi kuntuman melati;

gembira bersama kaum keluarga,

Saya di Bangi masihkah diingati?

…aku pun pe lagi.terus je reply msg dia. pantun ku jawab mcm ni...

“subur cerapu tepian gaharu

tumbuh terbiar di hujung selat

tak kan ku lupa dirimu nan satu

Budi tersiram dipintal erat.

lepas tu En.Zubir pun menjawab balik dgn pantun dua kerat...tp aku lupa la pembayangnya cuma aku ingat maksudnya je yg berbunyi “jangan lah leka teruskan usaha”…..hihihi...ermm mcm tu lah kisahnya... best gak masuk pertndingan pantun ni...sebab ia boleh mengasah pemikiran aku utk berfikir logik secara spontan dan menambah pmbendahraan kata...episod setrusnya aku akan masukkan antara pantun2 yg aku reka sepanjang pertandingan & di kala dilanda kebosanan....ok lah chow dulu..daaaaaaaaaa....

Kandid sepanjang Festival pantun....



inilah En.Zubir,empunya gerangan...hiihi


pentas pertarungan lisan...huhuh


bersama trofi kemenangan kolej aku team 1..team aku just dpat saguhati je:-(


pemantun kolej aku (team 1 vs pemantun kolej perubatan team 1) yg pasti kolej kami juara utk 3tahun berturut-turut...


kandid2 dgn pemantun dr kolej perubtan time mlm final...


pengurus pantun kolej perubatan...


ngan acik...lawan pantun aku dr kolej perubatan..


ahli team aku..baju hitam tu kak hairil..merangkap pengurus team pantun kami....


Ngan Aisha..1 team dgn aku..


Tiada ulasan: