Jumaat, 24 Julai 2009

Syukur Pada Mu Ya Allah....


Syukur alhamdulillah kepada Allah SWT kerana telah menyinarkan ‘Nur’ cahaya Keimanan kepada sahabat karibku saudara Ananthan a/l Pichan@Abdullah. Tepat pukul 3.15 petang pada hari Jumaat bertarikh 24 Julai 2009 bertempat di masjid UKM Ananthan telah sah bergelar saudara baru dalam agama Islam. Pada malam sebelum dia di Islamkan, anan sempat dtg ke bilik ku utk menyatakan berita gembira itu kepada aku.. aku betul2 terkejut dan terharu dgn keikhlasan dan kesungguhannya utk memeluk agama Islam. Tp sayang...aku tidak berkesempatan utk melihat dia di Islamkan kerana ada urusan yg menghalang. Tetapi sebelum dia melangkah ke masijd, aku sempat ke biliknya utk memakaikan butang baju Melayu dan mengajarnya melafazkan kalimah syahadah beserta ertinya. Ternyata dia benar2 gemuruh utk berhadapan dgn situasi tersebut... aku bersalaman dan memeluknya di samping menyuruh dia bertenang. Sebenarnya sebelum ini anan pernh menyatakan hasratnya utk memelukkan Islam. Tp satu halangan besar yg menjadi tembok penghadang utk dia memeluk Islam adalah ttg ‘KELUARGA’nya.






Semenjak aku mengenali anan di kampus ini, aku tidak pernah menganggap dia berbeza agama dan bangsa dgn aku. Sikap dan perwatakannya jelas menunjukkan budaya dan nilai2 Melayu begitu terserap dalam dirinya. Aku kagum melihat anan menghormati agama Islam. Pernah di awal perkenalan kami dulu, dia melihat aku bersolat dan mengaji. Aku sgt bangga apabila dia benar2 memerhati dan cuba utk memahami apa yang aku lakukan. Malah dia bertanya lagi tentang ajaran Islam secara mendalam terhadap aku. Katanya dia suka mendengar org membaca surah Yassin dan berzikir secara bermai-ramai. Bukan itu sahaja malah dia turut sering terlibat dalam acara-acara berunsur keagamaan Islam seperti perarakan Maal Hijrah, ceramah Israk Mikraj, ceramah Maulidur Rasul dan dll... Di sampingn itu juga, sebelum anan memeluk agama Islam, sahabatku ini cukup sebulan berpuasa pada bulan ramadhan...satu perkara yg begitu ajaib pada diriku kerana org bukan Islam boleh berpuasa selama sebulan, yg belum tentu mampu dilakukan oleh sesetengah golongan remaja ‘Islam’ pada era kini.


Bermula detik ini, aku berjanji akan menjadi sahabat dunia akhirat buat saudara Ananthan untuk memimpinya melayari bahtera hidup sebagai org Islam dgn lebih sempurna. InsyaAllah..Doaku Mohon dariNya, semoga Allah melicinkan perjalanan hambaNya ini dalam meniti batas-batas perjalanan hidup sebagai umat Islam yg diberkati dan dirahmati Allah di dunia dan akhirat...InsyaAllah...Amin......

4 ulasan:

shaiqin aisyah_Emann berkata...

insyallah..
moga niat nya sentiasa di diredhaiNYA..

^_^

₪ AkuPijul ₪ berkata...

Alhamdulillah... diharap dia benar2 ikhlas dan tidak akan berpaling tadah sekiranya menemui sebutir duri penghalang dan dugaan...

rosnah yusof berkata...

Syukur Allahamdullilah. Semoga yang ikhlas mendapat ganjaran dari Allah. Selamat di dunia dan akhirat.

~n@beLL@z~ berkata...

Ya Allah...
moga hatinya terus disentuh Allah...
Moga perjuangannya menjadi inspirasi kepada kita untuk terus mencari cinta yang hakiki....
amin....