Khamis, 19 Februari 2009

SENTUHAN KREATIFKU BUAT ABG ARIS DAN AKMAL

assalamualaikum w.b.t.....sudah lama jemari ini tiada tercoret dalam menata di ruangan kreatif yang ku cetuskan dalam blog ni.. Allhamdulilallah cuti semester lalu cukup memberi makna dalam pengisian kelapangan yang diagenda buat kehidupanku...Banyak perkara yang aku lalui dan kecapi sepanjang menghirup ketenangan di kampung..Antara yang paling mengembirakanku ialah dapat menyumbang tenaga serta meraikan perkhwinan abg Aris iaitu abg angkat yang telah sekian lama aku kenali..Aku gembira dan berasa bangga kerana diberi kepercayaan sepenuhnya utk menghasilkan gubahan perkhawinan antara Abg Aris dan Akmal.. aku yg sememangnya berpengalaman dalam dunia seni dan kreatif cuba menghasikan gubahan yg terbaik agar gubahan itu dapat menjadi kenangan indah buat mereka berdua...meskipun penat dihambat dgn terjehanan kesibukan yang melampau, namun aku tekadkan sukma dan kudrat agar hasil kreativiti yg aku lakukan itu dapat menarik perhatian semua pihak..Alhamdulillah penghasilan gubahan itu berakhir dgn penyelesaian yang bermutu dan menarik..buat Abg Aris, aku sanggup berkorban agar hari bermakna bagi nya itu tiada terhambar dalam gulungan kerisauan...SELAMAT PENGANTIN BARU ABG ARIS DAN AKMAL...SEMOGA JODOH KALIAN DIRAHMATI,DIBERKATI DAN KEKAL KE AKHIR HAYAT...WSALAM... berikut antara gubahan yg telah aku hasilkan buat perkhawinan mereka berdua....bye...
BAKUL BUAH- BUAHAN
BAKUL BUAH- BUAHAN


BAJU KEMEJA DAN CICIN


ALBUM DUIT HANTARAN


KOMBINASI BEKAS CINCICN DAN GELANG


ALBUM HANTARAN CINTA

Tiada ulasan: