Ahad, 2 November 2008

Perjalanan... oleh: Khalifah farwis



Kabus- kabus kudus pagi begitu rancak menerawak setiap inci dinihari yang sepi di iringi embun-embun jernih yang tak lekang menyiram pepohon yang subur menghijau. Tidak kurang hebat kokokan- kokokan ayam yang begitu nyaring dalam arena perdebatan mereka yang tersendiri. Sinaran rembulan yang kian berbalam dalam menyingsing hari kesiangan. Sunggauh kagum agenda alam keagunganNya dalam putaran paksi yang telah ditetapkan.
Hari ini merupakan hari yang paling ku nanti- nantikan kerana segala penat jerih serta ketekunan dalam menuntut ilmu akan terjawab. Pada pagi yang mendamaikan ini tiba- tiba hatiku berasa gusar menanti detik- detik pengumuman peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang telah ku jalani sepanjang tiga bulan yang lepas. Aku mengorak langkah dengan penuh harapan menuju ke sekolah utuk menantikan saat yang ku tunggu- tungu selama ini.
“faiz ibu doakan semoga kejayaan mengiringi perjalananmu nak. Ibu yakin dengan kegigihan dan ketekunan kamu dalam menuntut ilmu sebelum ini”.
Kata-kata semangat yang diungkapkan oleh ibu sebelum aku melangkah ke sekolah amat memekarkan sukma semangatku.setelah mencuim tangan ibu, aku ke sekolah dengan berbekalkan semangat jitu yang ibu berikan.
Keadaan di sekolah penuh sesak dengan pelajar- pelajar yang turut ingin mengambil keputusan peperiksaan masing- masing. Aku gembira dapat berjumpa dengan kawan- kawan yang telah lama tidak berhubung selepas tamat alam persekolahan yang lalu.
“Hai faiz, kau apa khabar?”
“Dah bersedia untuk menghadapai sebarang kemungkinan?” Sapa Nurul sejurus melihat kelibat ku di muka pintu pagar sekolah.
Aku hanya tersenyum sinis tanpa sebarang kata. Namun hatiku begitu kencang talkala mengimbas kembali kata- kata Nurul tentang sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Aku harus tabah dan redha untuk menghadapinya.
Aku segera mengatur langkah menuju ke pejabat sekolah, aku lihat begitu ramai kawan- kawanku yang beratur untuk mendapatkan keputusan masing- masing. Di sudut lain pula ku lihat kawan- kawan ku berlonjak riang dan ada yang bersedu tangis setelah mendapat keputusan masing- masing. Hatiku makin berdegup kencang melihat pesekitaran begitu.
Belum sempat aku mendapatkan keputusan,cikgu Ruhani, iaitu cikgu subjek Sejarah ku telah menyuruh aku ke biliknya.
“Tahniah Faiz, tapi cikgu harap faiz tabah dalam menempuh dugaan dan takdir Illahi”
Aku terkesima dan binggung talkala mendengar kata- kata cikgu yang begitu rapat dan ku anggap seperti ibuku sendiri.
Mengapa dia mengucapkan tahniah dan kenapa dia menyuruh aku bersabar? Hatiku mula kencang berbolak- balik sejurus melabuhkan punggung di sofa berwarna biru tua itu.
Lantas cikgu Ruhani menghulurkan sekeping kertas yang merupakan slip keputusan peperiksaanku. dengan tergopoh-gapah aku membukanya. Syukur alhamdulillah aku mendapat keputusan yang begitu cemerlang tapi aku begitu kecewa kejayaan yang ku kecapi itu tidak mendatangkan sebarang makna padaku. Aku gagal dalam subjek utama untuk permohonan ke universiti. Tanpa sedar aku menangis teresak- esak mengenangkan nasib diri pada masa akan datang dan yang paling utama aku gagal untuk memberi kejayaan pada ibu tercinta.
“Cikgu, kenapalah begitu besar dugaan yang telah ditakdirkan untuk digalas oleh saya?”
“Kenapalah dugaan sebegini yang harus saya pikul?”
“Saya tak sanggup cikgu, tak sanggup...”. Dalam esak tangis aku meluahkan perasaan begitu pada Cikgu Ruhani
“Faiz, kita hidup didunia ini atas landasan takdir dan ketententuaNya”. Tiada seorang pun manusia tidak terlepas dari dugaanNya”.
“Sabarlah Faiz, setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Lantas cikgu Ruhani terus memelukku dan menuipkan kata- kata semangat agar aku tabah menempuh dugaan ini.
Petang itu aku pulang dari sekolah dengan hati yang hancur luluh. Impian untuk membahagiakan ibu tidak kesampaian. Dari jauh ku lihat kelibat ibu, Kak Long,serta adik- adik yang begitu setia menantiku di muka pintu. Wajah ibu penuh berseri- seri seolah- olah tidak sabar melihat keputusanku.
Tanpa sepatah kata aku menghulurkan slip keputusan itu kepada ibu lantas aku terus ke bilik. Aku tak sanggup melihat reaksi ibu setelah mengetahui keputusan peperiksaanku. aku benar- benar kecewa mengenang nasib diri ini. Aku gagal membawa kejayaan kepada keluarga sedangkan ibu benar- benar mendambarkan kecemerlangan kepadaku. Setelah penceraiaan abah dengan ibu, aku lah satu- satunya harapan ibu untuk mengubah kekangan nasib kami semua. Tapi yang nyata aku tidak mampu untuk menabur walau sekelumit kejayaan kepada keluarga.
Sedang asyik aku berduka lara, tiba- tiba pintu bilikku diketuk bertubi- tubi. Kedengaran suara ibu memanggil- manggil namaku dengan nada yang begitu sayu. Aku tak sanggup meliht ibu bersedih kerana diriku. Sejurus itu aku membuka pintu, ibu terus memeluk dan mengucupku dengan penuh kasih sayang. Kami bertangisan dalam dakapan.
“Faiz, ibu telah mengetahui keputusan kamu dari awal- awal pagi tadi lagi,” cikgu Ruhani ada menelefon ibu pagi tadi”.
“Faiz, ibu betul- betul berbangga dengan kejayaanmu ini, tidak pernah sedetik pun kekecewaan yang ibu rasakan dengan keputusan ini, sabarlah nak. Ini semua sudah ditentukan olehNya, kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya”. Kami bertangisan dalam dakapan itu. Sungguh aku berasa bertuah dilahirkan oleh ibu yang penyayang dan cekal hati ini dan aku baru teringat yang cikgu Ruhani itu merupakan teman sekampung ibuku. Segala perkara tentang pelajaranku pasti akan diketahui oleh ibu melalui cikgu Ruhani itu.
Setelah berbincang dan berfikir semasak- masaknya aku membuat keputusan untuk mengambil semula peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) buat kali kedua. Dengan bersandarkan kecekalan hati dan azam yang baru aku telah berdaftar di sekolah swasta iaitu sekolah Yayasan Islam cawangan Bukit Payung. Meskipun kekecewaan yang lalu masih berbekas namun aku tidak harus terdampar dalam kelonglaian perasaan yang terbungkam.
Lembaran keazaman cekal yang ku pintal ini akan ku jadikan sebagai kiblat dalam meneruskan perjuangan buat kali ke dua dalam peperiksaan nanti. Meskipun kecewa dengan kisah yang lalu namun aku tetap gembira meniti batas- batas sebagai seorang pelajar di sekolah tersebut. Corak dan teknik pembelajaran di situ amat berbeza dengan sekolah yang lalu kerana di sekolah tersebut para pelajar tidak terikat dengan peraturan sekolah. Aku juga turut gembira kerana dapat bertemu kembali dengan sahabat- sahabat dari sekolah lama yang turut tabah meneruskan perjuangan buat kali ke dua bersama- samaku.
Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengudang di tengah jalan. semenjak menuntut di sekolah tersebut memang banyak permasalahan yang ku alami. Terutamanya dari segi pengangkutan untuk ke sekolah. Memandangkan sekolah tersebut berada dalam kasawasan yang jauh dari jalan utama menyebabkan begitu sukar untuk aku menaiki bas awam. Aku banyak menyusahkan keluarga terutamanya adik- adikku yang terpaksa menghantar dan mengambil aku menaiki motor ke sekolah. Aku betul- betul rasa bersalah memandangkan keluarga terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk perkara tersebut. Sedangkan keluarga kami hidup dalam kedaifan dan kemiskinan.
Bayangkanlah pendapatan kami hanya bergantung kepada hasil torehan getah di ladang getah kepunyaan nenek dan pendapatan yang tidak seberapa di warung ibu. Sepanjang persekolahan itu juga aku kerap kali terpaksa ponteng sekolah kerana membantu ibu menoreh getah.
“ibu, hari ini Faiz akan ikut ibu ke ladang getah, Faiz tak sanggup melihat ibu membanting tulang semata- mata untuk kami semua, Faiz tak sanggup bu”.ungkapan sebegitu tersembur dari mulutku pada pagi yang hening itu talkala ibu sedang menyediakan keperluan ke ladang getah.
Dengan wajah yang sayu ibu mendekatiku sambil membelai- belai ubun- ubun kepalaku.
“Faiz, ibu mengerti niat sucimu untuk membantu ibu, tapi bukan ini caranya nak, yang ibu mahukan adalah kejayaan pelajaran darimu. Biarlah ibu bermandi peluh sekali pun salkan, ibu dapat membantu serba sedikit untuk mencapai kejayaanmu nak”.
Sungguh berbisa luahan kata- kata ibu itu,begitu sukar ku selami erti pengorbanan yang dicurahkan kepada kami semua. Aku lantas memeluk dan mencium ibu dengan tangisan. Namun pada pagi itu aku tetap tidak ke sekolah kerana aku ingin benar membantu ibu di ladang getah. Ibu akur dengan keputusanku, dan kami bergerak bersama ke ladang getah tersebut.
ni merupakan kali pertama aku mambantu ibu menoreh getah di ladang tersebut. Ya Allah, sungguh sukar untuk aku menjalani rutin pekerjaan sebegini. Bergelumang dengan gigitan nyamuk dan pacat, semak- samun yang menggerunkan serta memerlukan kudrat yang begitu besar untuk menjelajah ke semua batang pokok di kawasan ladang itu. Aku menangis sendirian dalam ladang tersebut kerana begitu terharu dan bersalah melihat pengorbanan ibu dalam membesarkan anak- anaknya. Ya Allah, sungguh besar takdir kehidupan yang telah Engkau titipkan kepada kami semua. Dalam sendu tangis itu aku tetap meneruskan kerja- kerja tersebut manakala ibu dan adik lelakiku juga dengan peranan masing-masing. Sedang aku dalam berduka itu, tiba- tiba aku di kejutkan dengan satu panggilan dari telefon bimbitku.
“Assalamualaikum Faiz, ini cikgu Nan Faridah yang bercakap, Faiz apa khabar?” Cikgu difahamkan Faiz ada menggulang peperiksaan ya?”. Bagus Faiz, cikgu bangga dengan kecekalan hati kamu dan cikgu yakin kamu pasti berjaya. Cikgu nak bagi tahu yang cikgu ada mengirimkan senaskah buku latihan Pengajian Am untuk Faiz. cikgu hadiahkan khas untuk Faiz.insyaAllah kejayaan pasti menjadi milik mu”. Kata- kata cikgu Nan Faridah berakhir disitu.
Aku betul- betul terkejut dan tidak menyangka mendapat panggilan dari cikgu Pangajian Am ku itu. Sungguh aku terharu dan sayu mengenangkan perhatian yang begitu besar dari bekas- bekas cikgu sekolah ku dulu, tanpa sedar aku menagis teresak-esak di balik pohon getah itu. Aku sengaja menyembunyikan diri dari penglihatan ibu agar ibu tidak mengesyaki sesuatu pada diriku. Aku tidak mahu ibu berasa bersalah membenarkan aku mengikutinya ke ladang.
Peperiksaan hanya tinggal beberapa hari lagi. Aku begitu tekun mengulang kaji pelajaran. Ibu tidak membenarkan lagi aku ke ladang meskipun pada hari minggu. Ibu tidak mahu aku terlalu memikirkan hal keluarga. Kata ibu urusan itu biar dia sahaja yang memikulnya. Aku faham keadaan itu dan setiap masa yang terluang akanku sisipkan dengan menelaah pelajaran.
Pada pagi itu sebelum berangkat ke dewan peperiksaan sekolah, aku sempat mencium tangan ibu untuk memohon restu darinya. Ibu menggucup ke dahi ku dengan linangan airmata.
“Faiz, hanya doa yang mampu ibu titipkan buat kejayaanmu nak, ingatlah lah nak, setiap pengorbanan yang kita lakukan, insyaAllah mendapat imbuhan yang baik dariNya”. Begitu saya lantaran kata- kata ibu itu.
Pada pagi itu aku akan menjalani tiga kertas peperiksaan, diikuti dua kertas lagi pada tiga hari selepasnya dan insayaallah akan berakhir pada minggu hadapan.
Syukur Alhamdulillah semua soalan yang diberikan aku dapat menjawabnya dengan mudah sekali. Aku harap perjuangan kali ke dua ini mendatangkan kecemerlangan yang lebih gemilang buat ku dan kejayaan itu akan kuhadiahkan khas untuk ibu.
Sudah seminggu aku menamatkan alam persekolahan. Sememangya seperti janggal dengan dunia baru ini. Biasalah, jika dulu hidup ku tersusun dengan jadual belajar dan sekolah tapi kini setelah semua berlalu aku seolah- olah terapung-apung dalam kehidupan yang baru. Aku bercadang untuk bekerja sebagai persediaan untuk mengumpul wang bagi kegunaan ke universiti andai rezeki aku untuk ke menara gading tercapai. Lama aku mencuba nasib mencari kerja dan akhirnya aku mendapat tawaran kerja sebagai pembancuh air di kedai nasi Dagang Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu. Berbekalkan pengalaman membancuh air di warung ibu sebelum ini menjadikan pekerjaaan itu tidak terlalu sukar buatku. Dengan tawaran gaji sebanyak Rm 15.00 sehari aku memulakan pekerjaan itu dengan hati yang senang dan ikhlas. Bagiku biarlah pekerjaan apa pun yamg aku lakukan asalkan sumber rezeki itu halal dan ikhlas kerana Allah. Meskipun pekerjaan itu tidak mencabar namun ia memerlukan aku untuk menjalankan tugas bermula sekitar 6.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Aku bersyukur mendapat seorang majikan yang baik dan bertoleransi terhadap pekerjanya.
“Awal kamu datang hari ni Faiz, baguslah, pekerja macam ni yang selalu kak Mah impikan selama ini. Aggaplah kedai ini milik kita bersama, kalau ada masalah jangan segan- segan luahkan kepada kak Mah”. Dia mengakhiri perbualannya dan terus menuju ke bahagian kaunter setelah mendapati seorang pelanggan menanti untuk pembayaran.
Aku hanya mengukirkan senyuman dan memanjatkan kesyukuran kerana ditakdirkan mencari rezeki dengan majikan yang budiman ini.
Hari demi hari hubungan aku dengan majikan semakin rapat. Aku diberikan kepercayaan yang sepenuhnya untuk memegang kunci kedai itu. Pada mulanya aku menolak kerana gusar andai berlaku sesuatu di kedai tersebut, sudah pastinya aku yang akan di pertanggungjawabkan tetapi untuk tidak menghampakan harapannya aku menerima dengan seadanya.
Selain bekerja di kedai tersebut aku juga turut mengisi masa lapang pada sebelah petang dengan mengikuti kursus menjahit di kampungku, manakala pada sebelah malamnya aku membantu ibu di warung. Meskipun penat berpaksi dalam rutin sebegitu namun aku tetap gembira kerana dapat menimba sesuatu yang baru dan mengutip seberapa banyak pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke universiti dan yang paling utamanya aku melakukan semua itu adalah semata- mata kerana Allah. Aku turut bersyukur kerana sedikit sebanyak aku dapat membantu meringankan beban keluarga di samping dapat menngumpul wang untuk ke universiti.
Suatu malam aku tersedar dari tidur akibat terdengar suara orang menangis. Aku cuba mencari suara itu dan yang nyata suara yamg ku dengar itu adalah milik ibuku. Aku memerhati dengan penuh sayu ibu berdoa dalam tangisan. Aku segera mendekati ibu dan memeluknya dengan penuh erat.
“Ibu, mengapa ibu menangis, adakah Faiz, Kak Long atau adik- adik telah menyinggungkan perasaan ibu.?”
“Tidak anakku, ibu benar- benar beruntung mempunyai anak- anak seperti kamu semua. Ibu menangis kerana ibu berasa bersalah tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan tidak dapat memberikan kemewahan kepada kamu semua”.
“Ibu simpati melihat pengorbanan Kak Long dan kamu dalam membantu mencari rezeki buat kita semua, ibu betul- betul terkilan membenarkan kamu bekerja sedangkan penyakit paru- paru yang kamu alami dulu tidak membenarkan kamu bekerja kuat. Maafkan ibu nak...” ibu lantas memeluk dan mengucup dahiku bertubi- tubi.
“Ibu, tak usahlah ibu risaukan kami semua, Faiz dan Kak Long ikhlas melakukan semua ini. Bagi Faiz, biarlah Faiz berkorban asalkan kita semua hidup bahagia dan bersatu padu”. Kata- kata ku itu telah membuatkan ibu bertambah sayu dan semakin erat memelukku.
Esok merupakan hari penentuan terhadap perjuangan kali keduaku. Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata setelah mendengar berita pengumuman peperiksaan akan dikeluarkan esok.
Pada pagi yang hening itu aku bangkit sekitar pukul 5.00 pagi kerana sebelum aku bersolat subuh, aku mengerjakan solat sunat taubat, sunat Tahjjud dan solat sunat Hajat. Aku memohon kepadaNya agar mempermudahkan segala urusanku di dunia ini. Sebelum aku melangkah ke sekolah, aku di kejutkan dengan satu panggilan dari cikgu sekolahku yang menyuruh aku datang dengan segera ke sekolah. Aku berasa hairan dengan cara percakapan cikguNarita iaitu cikgu subjek Bahasa Melayu di sekolah Yayasan Islam itu. Gaya percakapannya seolah- olah ingin menyatakan sesuatu yang membuatkan aku tertanya- tanya. Setelah memohon restu ibu aku terus ke sekolah untuk mandapatkan keputusan peperiksaan. Aku tiba agak lewat di sekolah dan membuatkan ramai tertanya- tanya padaku. Dari jauh ku lihat cikgu Narita mengukir bingkisan senyuman yang ku kira cukup mekar dan manis pada ketika itu.
“Kenapa lambat ni Faiz, dari tadi cikgu nantikan kamu, risau cikgu di buatnya”. Senyuman mekar cikgu Narita tidak pernah lekang dari bibirnya.
“Saya sengaja datang lambat tadi cikgu sebab saya takut...hhehehe”. aku sempat bergurau dengan cikgu Narita. Sudah lama rasanya tidak bergurau senda dengannya.
“Cikgu, macam mana dengan keputusan peperiksaan saya kali ini?”
“Adakah kekecewaan yang perlu ditanggung lagi oleh saya?” Aku segera tunduk sayu mengenangkan nasib yang akan ku tempuhi sekiranya percubaan kedua ku ini menemui kegagalan.
Cikgu Narita hanya tersenyum sambil menunjukkan sesuatu kepada Asma iaitu rakan sekelasku. Aku berasa geram dan hairan dengan perlakuan mereka berdua. Asyik tersenyum dan berbisik- bisik. Bila aku menghampiri mereka untuk melihat sesuatu yang ditunjukkan pada rakan sekelas ku itu lantas mereka menyembunyikannya. Aku semakin hairan dan benggang dengan perlakuan mereka tapi kau tetap bersabar dan terus menunggu.
“Cikgu, boleh saya mengetahui keputusan peperiksaan saya sekarang?”.
“Saya sudah tidak tertahan melihat perlakuan cikgu yang pelik ini.” Aku begitu berhati- hati menyusun kata- kata agar tidak menyinggung perasaan cikgu Narita.
“Tahniah Faiz cikgu betul- betul tidak menyangka usaha kamu selama ini telah membuahkan hasil yang sangat cemerlang. Kamu muncul antara salah seorang pelajar terbaik di sekolah ini. Tahniah Faiz, cikgu berbangga dengan kamu”. Serentak dengan itu cikgu Narita menghulurkan slip keputusan peperiksaanku. aku segera membukanya dan aku betul- betul terkejut serta tidak percaya keputusan peperiksaan ku kali begitu cemerlang. Tanpa sedar aku menitiskan air mata di hadapan cikgu narita dan rakan- rakan yang ada di situ.aku segara menelefon ibu.
“Assalamualaikum Ibu, allhamdulillah bu, Faiz berjaya dengan cemerlang malah muncul antara salah seorang pelajar terbaik di sekolah ini”. Aku berkata- kata dalam butiran kata yang tersekat- sekat dalam sendu tangis.
“Syukur alhamdulillah, ibu sudah menjangkakan kejayaan pasti mengiringimu nak, Tahniah nak. Pulanglah cepat, ibu tak sabar nak melihat keputusanmu. Butiran kata- kata ibu juga kabur dalam esak tangisnya.
Sepanjang di sekolah, ucapan tahniah dari sahabat- sahabatku tak pernah lekang kedengaran. Setelah puas beramah mesra bersama sahabat handai dan cikgu- cikgu aku terus pulang ke ruamh dengan hati yang mekar berbunga- bunga kegembiraan. Ibu segera mendapatkan aku lantas memeluk cium ubun-ubun kepalaku, Kak Long dan adik- adik juga begitu. Aku sungguh bahagia dengan kejayaan ini. Akhirnya impian untuk mengharumkan nama keluarga tercapai jua.
Minggu berikutnya jadual harianku bertambah sibuk. Selain komitmen pada kerja dan kursus jahitan, aku juga turut sibuk mengisi borang permohonan kemasukan ke universiti. Sememangnya bukan sesuatu yang mudah dalam permohonan ini. Pening juga kepalaku dalam pemilihan jurusan dan universiti yang sesuai dengan keputusanku itu. Alhamdulillah, hasil kerjasama dari rakan taulan dan sanak saudara aku telah memilih empat buah universiti untuk mencuba nasib dalam permohanan itu. Antara universiti tersebut ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Dalam fikiranku, aku teringin benar melanjutkan pelajaran di ibu kota kerana aku ingin sekali merasai kehidupan yang penuh cabaran di Ibu kota.
Aku semakin gigih bekerja untuk menampung perbelanjaan di universiti nanti, meskipun penat tapi aku harus kuat dan sabar. Kalau boleh biarlah segala kos pendaftaran masuk ke universiti nanti aku tanggung melalui wang hasil titik peluhku sendiri.
Hampir dua bulan lebih aku menunggu akhirnya tibalah jua hari pengumuman kelayakan ke Universiti. Pada pagi itu ramai kawan- kawanku menghantr khimat pesanan ringkas dan ada juga yang menelefon bertanyakan aku layak ke universiti mana.
“Hello Faiz, Pian ni, kau dapat masuk Universiti mana?”
“ooo.. Pian,aku tak tahu lagi la Pian sebab aku belum ‘check’ lagi. Aku takut la. Kau pula dapat u mana?
“Alhamdulillah aku dapat ke UPM dalam jurusan Seni Bina Landskap. Apalah yang kau nak takutkan. Keputusan peperiksaan kau kan bagus, aku rasa mesti kau dapat masuk universiti yang bagus- bagus lagi. ‘ok’ lah kalau kau dah tengok keputusan dekat internet nanti, jangan lupa bagi tahu aku ye. Ok ‘bye’.” Pian terus memantikan perbualannya dengan nada- nada yang jelas menunjukkan kegembiraannya. Cuma aku yang belum melihat keputusan ke universiti. Awal pagi tadi Syidah dan Tikah turut menelefon aku, mereka berdua layak ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan pendidikan Komunikasi Seni Visual. Manakala Nurul pula terpilih ke Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Seni Bina Ukur Bahan.
Setelah mengumpul kekuatan yang secukupnya aku terus ke ‘cyber cafe’. Pada mulanya aku benar- benar gusar dan bimbang tapi akibat desekan perasaan ingin tahu yang tinggi aku terus cekalkan hati. Ku lakukan dengan penuh tertib dan satu persatu ketika membuka laman web itu. Syukur alhamdulillah aku layak menjejakkan kaki ke Univeristi kebangsaan Malaysia dalam jurusan Persuratan Melayu. Aku benar- benar tidak dapat menahan air mata kegembiraan. Butiran- burtiran jernih begitu laju berguguran dari kelopak mata kudusku.
Aku segera pulang menyatakan khabr gembira ini kepada ibu. Ibu begitu gembira dengan kejayaan aku malah dia turut menyatakan rasa bangganya mendapat anak yang tak pernah mengenal erti berputus asa sepertiku. Aku juga turut memberitahu kejayaanku ini kepada bekas cikgu- cikgu di sekolah lama hdahulu. Mereka mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan ku itu. Begitu juga cikgu Ruhani yamg tidak putus memanjatkan kesyukuran di atas kejayaan ku itu.
Pada pagi esoknya aku telah menyatakan kejayaan ku ke universiti kepada majikanku. Ternyata dia turut gembira dan berbangga dengan kejayaanku namun perasaannya turut hiba mengenangkan aku akan berhenti kerja tidak lama lagi kerana aku lah satu- satunya pekerja yang boleh di percayainya. Tetapi dia tetap akur dengan keadaanku. Aku juga turut memohon untuk berhenti kerja seminggu lebih awal sebelum tarikh pendaftaran bagi memudahkan penyediaan segala kelengkapan dan urusan ke universiti.
Tarih pendaftaran ke universiti hanya tinggal tiga hari lagi. cadanganku ingin mengadakaa kenduri kesyukuran sebelum aku melangkah ke universiti. Dulu aku juga pernah bernazar akan menjadakan kenduri kesyukuran andai aku berjaya masuk ke universiti. Petang itu aku menghampiri ibu yang sedang asyik bertimpuh mengopek bawang di sudut serambi dapur.
“Ibu, Faiz bercadang nak adakan sedikit kenduri kesyukuran tentang kejayaan Faiz ni, Sebab dulu Faiz ada bernazar andai dapat masuk ke universiti, Faiz akan baut kenduri. Apa pendapat ibu, boleh ke kita buat kenduri tu.?”
Ibu hanya melirikkan senyuman yang sangat manis dan ikhlas.
“Faiz, niat suci kamu tu begitu baik dan murni, ibu tak ada masalah kalau Faiz nak adakan kenduri tu lagipun Faiz dah bernazar dan ia wajib ditunaikan.” Ibu lantas bangkit dan menuju ke ruang tamu.
Sebelum ibu melangkah aku sempat bercadang untuk mengadakan kenduri itu pada keesokkan harinya.Ibu mengangguk dengan mengukir senyuman dan menyuruh aku ke pasar untuk membeli barang- barang keperluan untuk di gunakan pada hari esok. Manakala adik- adik pula di suruh memberitahu sanak- saudaraku dan jiran- jiran terdekat tentang kenduri pada keesokkannya. Aku turut menjemput cikgu- cikgu yang banyak mencurahkan ilmu kepadaku untuk hadir pada kenduri tersebut. Petang itu kami berkumpul bersama sanak saudara untuk mengadakan gotong- royong menyediakan keperluan pada kenduri keesokkanya. Aku sungguh gembira dan teruja dapat berkumpul sebegini. Biasanya suasana sebegini hanya di rasai pada hari- hari perayaan sahaja.
Pada keesokan harinya, majlis itu dimulakan selepas solat jumaat. Ramai jiran- jiran, sanak saudara, cikgu- cikgu dan kawan- kawanku turut hadir pada kenduri itu. Aku begitu terharu dengan kesudian mereka datang ke majlis kesyukuranku itu. Sedang asyik aku melayan tetamu, cikgu Ruhani datang menyapa dari belakangku.
“Faiz, tahniah sekali lagi cikgu ucapankan. Cikgu kagum dan berbangga mendapat seorang pelajar yang gigih, rajin, dan tekun sepertimu. Ini ada sedikit sumbangan ikhlas dari cikgu khas untuk Faiz. Cikgu faham kamu amat memerlukan perbelanjaan yang besar untuk ke universiti. Gunakanlah ia dengan sebaik mungkin.”. aku betul- betul terkejut dengan sumbangan itu, lantas aku mencium tangan cikgu Ruhani dalam esak tangisan memohan segala restu dan menghalalkan segala ilmu yang pernah dia berikan padaku satu ketika dulu.
“Cikgu, begitu besar pengorbanan yang pernah cikgu taburkan kepada saya. Tak terucap dengan butiran kata- kata yang mampu saya warkahkan. Halalkan segala ilmu yang pernah cikgu berikan. Maafkanlah segala kesalahan saya selama ini. Cikgu doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saya setelah berasa di sana nanti.” Bait- bait kataku terungkap dalam nada yang tersekat- sekat menahan esak tangis. Sungguh aku berasa beruntung mendapat perhatian dan kasih sayang sebegini.
Petang itu, tidak putus- putus ucapan tahniah dan kata- kata semangat yang ku terima dari tetamu- tetamu yang datang. Syukur alhamdulillah akhirnya cita- cita aku untuk mengharumkan nama keluarga tercapai juga. Yang pastinya pada hari itu ibulah antara manusia yang paling berbangga dan gembira dengan kejayaan anaknya ini. Maklumlah, ibu mana yang tidak berbangga dengan kejayaan anaknya yang di besarkan dalam serba kekurangan. Pada hari itu juga kerap kali aku melihat ibu menitiskan air mata setelah tetamu yang datang berbisik- bisik sesuatu dengan ibu. Mugkin ibu sedih aku akan akan meninggalkannnya tidak lama lagi atau mungkin sebaliknya tapi yang nyata inilah kali pertama aku akan berjauhan dengannya. Meskipun sebebal mana hati ini berat meninggalkan ibu dan keluarga tapi demi cita- cita aku harus menguatkan semangat.
Tanpa sedar siang begitu cepat berlabuh. Ku rasakan kenduri itu amat pantas dalam menjalin waktu. Sungguh mendamai dan menyayukan. Syukur alhamdulillah pada kenduri itu ramai yang memberi hadiah dan sumbangan wang kepadaku. Aku benar- benar terharu dengan sumbangan wang yang diberikan oleh cikgu- cikgu dan sanak saudaraku. Tidak terungkap dengan ungkapan kata- kata yang mampu ku lafazkan untuk menyatakan kesyukuran kepadaNya. Aku sujud tanda memohon kesyukuran kepada yang maha Esa.
Malam ini merupakan detik bersejarah dan memilukan dalam hidupku. Selepas solat isyak, aku akan bertolak ke universiti Kebangsaan Malaysia kerana pada pagi esoknya merupakan hari pendaftaran pelajar- pelajar baru. Begitu sayu aku melihat ibu yang asyik mengemas barang- barang keperluan ku. Aku sempat memerhati ibu yang tidak pernah lekang mengalirkan airmata. Namun ibu tidak menunjukkan kesedihannya kepada aku. Pada malam ini KaknLong dan tunangnya abg Rizal akan menghantar aku ke sana. Kak long sengaja mencadangkan kami bertolak pada waktu malam kerana bimbang akan terlambat tiba ke destinasi yang kami tujui itu. Terlalu sukar untuk ku mengatur langkah pada malam itu.
“Ibu, Faiz pergi dulu ye..ampunkan segala kesalahan serta halalkan segala makan dan minum Faiz selama ini, doakanlah Faiz pulang dengan kejayaan untuk kita semua.InsyaAllah selagi imam terpahat didada ini, Faiz tidak akan sama sekali melupakan tunjur ajar serta didikan yang pernah ibu berikan selama ini”. Suasana pada malam itu sungguh syahdu di selubungi kesedihan dan esak tamgis dari kami semua. Berulang kali ibu mencium dan mengucup dahiku, begitu juga aku lakukan pada ibu serta adik- adik ku yang lain. Aku sempat berpesan pada adik- adikku agar sentiasa menjaga dan membahagiakan ibu.
Sebelum aku melangkah ke kereta, ibu sempat menghulurkan beberapa keping not wang Rm50.00 kepada ku, tetapi aku menolak dari menerimanya sebaliknya aku menghulurkan sekeping sampul surat kepada ibu. Didalam sampul itu aku kepilkan sejumlah wang sebanyak Rm200.00 hasil pemberian dari tetamu- tetamu yang datang semasa majlis kenduriku pada petang tadi dan aku sertakan juga sekeping surat yang tertera sebuah sajak yang ku gubah indah buat ibu tersayang. Sepanjang perjalanan itu, air mata ku begitu murah mengalir terkenangkan nasib ibu dan adik- adik setelah aku tiada nanti. Kak Long amat memahami keadaan diriku, dia membiarkan saja aku bermain dengan perasaan sedih pada malam itu.
Ibu mengiringi perjalananku pada malam itu dengan pandangan yang begitu sayu. Setelah aku lenyap dari pandangannya, ibu segera membuka sampul surat yang ku berikan padanya tadi. Ternyata ibu begitu terkejut, terkesima dan terkedu setelah melihat wang yang ku tinggalkan padanya. Aku tahu dan aku faham keadaan keluarga yang sentiasa dikongkong oleh kesempitan hidup sebab itulah aku tidak mahu kemasukkan aku ke universiti ini akan membebankan ibu. Setelah itu lantas ibu mengeluarkan sekeping surat dari sampul itu lalu membuka dan membacanya dengan penuh cermat:
Ibu..
Ku sisip puisi kasih buatmu
Kurenung gambaran wajahmu
Ku terkesima...
Ku terkedu...
Begitu besar pengorbananmu
Kau umpama mentari
Menyubur kesegaran alam
Yang sungguh mendamaikan
Begitu asyik talkala menikmatinya
Ibu...
Utuhnya semangatmu
Seutuh pepohon cengal
Yang begitu erat mendakap bumi
Seluas terbentangnya lautan berkocakan
Setinggi kemuncak awan
Yang tak bisa ku capai dan ku jamah
Dengan lambaian kudrat
Yang tak mampu kupupuk
Menyaingi rumpunan
Duri dugaan cabaran yang kau lalui
Ibu...
Kau tersandang dua gelaran
Kau ibuku...
Kau jua ayahku...
Sungguh kagum ternobat begitu
Kau peneraju dalam mengangkat
Keluluhan jiwa- jiwa hawa yang berguguran
Yang ditiup gerhana kesah dugaan dan takdir
Lalu sukma itu mekar
Berkembang indah
Umpama mekarnya kuntuman- kuntuman
Mawar berduri
Yang bukan hanya indah di tatap
Harum dihidu
Tapi yang nyata sukar dijamah
Kaulah satu ibuku
Permata dalam menyinar
Kekelaman atma yang luluh berkecai
dalam keruduman takdir
Kaulah segalanya...
Anakandamu tersayang,
Faiz Ghazali
Ibu membacanya dengan berulang kali dan begitu murah mutiara jernih yang mengalir dari mata lesu ibu.
Suasana pada pagi itu begitu asing bagiku. Kereta berpusu- pusu tanpa henti di kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia. Seluruh pelusuk negeri datang bertandang pada pagi itu bagi menghantar anak- anak mereka pada hari pertama di universiti. Aku benar- benar kaku dan janggal dengan suasana sebegitu. Setelah siap mendaftarkan diri aku di berikan kunci bilik dan di bawa oleh pelajar- pelajar senior ke kawasan kolej penginapan. Kak Long dan ang Rizal membantu aku mengemaskan barang- barang di bilik itu. Sungguh selesa dan nyaman tapi aku tetap berasa begitu janggal dengan persekitaran baru itu.
Petang itu, aku bertangisan lagi setelah Kak Long dan tunangnya pulang meninggalkan aku seorang diri di tempat asing itu. Aku begitu lemah dan sesak dalam memikul kerinduan terhadap keluarga tetapi aku harus berani dan macabar diri demi menggalas impian yang tinggi menjulang.
Pada malamnya kami semua pelajar baru diarahkan ke Dewan Canselor Tengku Abdul Rahman untuk majlis ikrar pelajar. Buat pertama kalinya aku melangkah ke dewan yang begitu besar dan belum pernah kukecapi selama ini. Semasa majlis ikrar di sampaikan oleh wakil pelajar, tiba- tiba perasaan sayuku begitu mengcekam sukma dukaku. Aku seolah- olah tidak percaya dapat menjejakkan kaki ke menara gading yang telah lama ku impikan dan bermula detik itu,aku berjanji pada diriku bahawa aku akan belajar dengan bersungguh- sungguh bagi mendapatkan segulung ijazah yang dapat mengubah haluan hidupku dan juga mengeluarkan keluarga dari kepompong kemiskinan. Sepanjang ikrar di bacakan aku tidak henti- henti menitiskan air mata kegembiraan dan kesyukurn di atas pemberianNya....

6 ulasan:

saya manis berkata...

perjalanan hidup dan perjuangan dalam hidup amat berbeza. detik-detik kita melangkah dalam perjalanan hidup ini merupakan pengalaman yang dikutip dari apa jua dugaan dan cabaran. perjuangan dalam hidup merupakan landasan kita untuk mengorak langkah lebih jauh sama ada mengikut kata hati, nak seribu daya tak hendak seribu dalih. jadikanlah kedua-duanya sebagai bidikan yang kuat dalam diri anda. cerpen yang agak melankolik.

Syam Ahmedarino berkata...

OMG! puitis banget bg aku... hahaha

tieka berkata...

PLopp...
si alAM nukilan kreatif 2 cm nk Tumpang 2 kaki je...
ahakzz...
^_^....

tieka berkata...

sedey nyer....
sab0 MENGhadapi...
MuNgKin...
ada raHSIA ILAhi terselindung ..
di sebaliK dugaAN Y dtg...
^_^...

NaNa berkata...

abg ady mmang seorg yg tbah menghdpi dugaan&x mdah berputus asa...gud luck...cayok2...

Shasha_sheiranina berkata...

TERIMA KASIH..
sungguh2 sy rase dimotivasikan tanpa sedar oleh saudara..