Jumaat, 31 Julai 2009

FESTIVAL PANTUN ANTARA KOLEJ....


Salam semua… episode kali ini jemari menari-nari utk membawa kalian megimbau kenangan lalu..huhuhu…baru2 ni mase duk khusyuk dgr kuliah, tibe2 memori lalu dtg mengusik…memori yg membuatkan aku tersenyum sendiri…nk tahu pe kenangan tu??? jeng…jeng… hiihi…jgn la suspen… biasa2 sudey…hhaha…sebenarnya kenangan tu dtg menjamah bila aku duk dgr keterangan lecture bg kuliah berkaitan Prosa Melayu… dlam kuliah tu adalah lecture sebut pasal pantun , kalo tk silap la…. tersentak dgn perkara tu aku teringat la kenangan lalu mase mnjadi pemantun kolej sempena FESTIVAL SENI LISAN antara kolej kediaman.. kolej kami menghantar dua team,..aku duk dlam team kedua..dah dua tahun berturut-turut aku mewakili kolej ke festival 2…mmg tak ramai laki yg join benda2 mcm ni sebab diorang ckp susah nk berfikir pantun secara spontan dlm tmpoh 80 saat…mmg la susah tp redah jelah…(tp ada cara tersndiri la) hihihi…. kali ni aku happy la sebab sebahagian juri pesta pantun tu adalah lecture yg mengajar aku… salah seorangnya ialah En.Zubir yg mmg mengenali aku… sebelum berpantun kami kene cabut undi sama ada berada pada posisi membeli @ menjual pantun..entah knpa la bila aku cabut je undi selalu je dpat posisi membeli…sengal tol..aku mmg tak suka duduk dlm posisi mcm tu…pening!!! sebab ia bersilang… (faham tak?bt2 faham je lah)..hihihi…. dalam setiap sesi ada 3 tema…hari kedua peringkat suku akhir tu kami dapat tema Ilmu pengtahuan, kepahlawanan dan Kesenian Kebudayaan.. tema 1 dan tema 2 berlangsung dgn baik…lawan aku time tu ialah dari kolej perubatan kuala lumpur… ermmm leh tahan la kami menjual dan membeli… tp bile msuk tema kesenian dan kebudayaan berlaku la perkara yg lucu.. mula2 pihak lawan menjual pantun kat aku, cun gak awex tu..hihi.manis je muka dia…siap panggil aku kanda lagi seblum menjual pantun tu…aduh syok tol…hahahah… so dlm temph 80 saat tu aku duk fikir la pantun menjawab soalannya..alhamdulillah boleh la jwab dlm tempoh kurang 80 saat…lps 2 tibe turn aku menjual balik kat dia. mula2 aku tuturkan rangkap pertama yg berbunyi
“ Bahtera Melaka layar ke Perak”
pastu sambung rangkap kedua
“ Badai menerjah ke Sulawesi”
…tibe2 dgr org gelak termasuklah En.Zubir..aku dah mula cuak takut aku salah tema menjual pantun. so aku bt tak tahu n trs je sambung ke rangkap2 setrusnya
“minda merdeka mana berpasak,
Nilai dijajah menyongsang tradisi?”
.. dlm mase 80 saat, si gadis manis tu menjawb la dgn senyuman mengoda…hhaha…so aku pun fikir la balik awat la diorang gelak time aku sebut “SULAWESI”..sebenarnya aku pun rase semacam je dgn pantun tu…yer lah, tak kan lah dari perak trs terpelanting ke Sulawesi…..hahahha…lps tamat festival tu aku pun tye lah kat En. Zubir pasal pantun aku tu…En.Zubir ckp pantun jwapan aku ok Cuma pada part pantun aku menjual ada kelucuan sikit…betul la tekaan aku yg audiens gelak sebab pantun aku tu ada unsur2 lawak…mmg tak logik bahtera dri perak trs trpelanting ke puncak Sulawesi dilanda badai…hahahha..lawak2.. lps tu En. Zubir siap perli lagi yg dia ckp akan panggil aku Sulawesi n nk bg tahu kat dlam kelas….hahahhaha….. lawak2 tol…tak pe, jd kan ia pengalaman utk pertandingan semester depan.. tak habis setakat tu berpantun.. ni plak pantun yg aku terima dr En.Zubir melalui msg dri fon semasa aku buat shortsem cuti smester hari tu..pantun En.Zubir tu berbunyi
Salam....terima la pantun sy neh…
Bersiar di taman membawa raga
raga diisi kuntuman melati;
gembira bersama kaum keluarga,
Saya di Bangi masihkah diingati?
…aku pun pe lagi.terus je reply msg dia. pantun ku jawab mcm ni...
“subur cerapu tepian gaharu
tumbuh terbiar di hujung selat
tak kan ku lupa dirimu nan satu
Budi tersiram dipintal erat.
lepas tu En.Zubir pun menjawab balik dgn pantun dua kerat...tp aku lupa la pembayangnya cuma aku ingat maksudnya je yg berbunyi “jangan lah leka teruskan usaha”…..hihihi...ermm mcm tu lah kisahnya... best gak masuk pertndingan pantun ni...sebab ia boleh mengasah pemikiran aku utk berfikir logik secara spontan dan menambah pmbendahraan kata...episod setrusnya aku akan masukkan antara pantun2 yg aku reka sepanjang pertandingan & di kala dilanda kebosanan....ok lah chow dulu..daaaaaaaaaa....
Kandid sepanjang Festival pantun....






pentas pertarungan lisan...huhuh



Jumaat, 24 Julai 2009

Syukur Pada Mu Ya Allah....



Syukur alhamdulillah kepada Allah SWT kerana telah menyinarkan ‘Nur’ cahaya Keimanan kepada sahabat karibku saudara Ananthan a/l Pichan@Abdullah. Tepat pukul 3.15 petang pada hari Jumaat bertarikh 24 Julai 2009 bertempat di masjid UKM Ananthan telah sah bergelar saudara baru dalam agama Islam. Pada malam sebelum dia di Islamkan, anan sempat dtg ke bilik ku utk menyatakan berita gembira itu kepada aku.. aku betul2 terkejut dan terharu dgn keikhlasan dan kesungguhannya utk memeluk agama Islam. Tp sayang...aku tidak berkesempatan utk melihat dia di Islamkan kerana ada urusan yg menghalang. Tetapi sebelum dia melangkah ke masijd, aku sempat ke biliknya utk memakaikan butang baju Melayu dan mengajarnya melafazkan kalimah syahadah beserta ertinya. Ternyata dia benar2 gemuruh utk berhadapan dgn situasi tersebut... aku bersalaman dan memeluknya di samping menyuruh dia bertenang. Sebenarnya sebelum ini anan pernh menyatakan hasratnya utk memelukkan Islam. Tp satu halangan besar yg menjadi tembok penghadang utk dia memeluk Islam adalah ttg ‘KELUARGA’nya.




Semenjak aku mengenali anan di kampus ini, aku tidak pernah menganggap dia berbeza agama dan bangsa dgn aku. Sikap dan perwatakannya jelas menunjukkan budaya dan nilai2 Melayu begitu terserap dalam dirinya. Aku kagum melihat anan menghormati agama Islam. Pernah di awal perkenalan kami dulu, dia melihat aku bersolat dan mengaji. Aku sgt bangga apabila dia benar2 memerhati dan cuba utk memahami apa yang aku lakukan. Malah dia bertanya lagi tentang ajaran Islam secara mendalam terhadap aku. Katanya dia suka mendengar org membaca surah Yassin dan berzikir secara bermai-ramai. Bukan itu sahaja malah dia turut sering terlibat dalam acara-acara berunsur keagamaan Islam seperti perarakan Maal Hijrah, ceramah Israk Mikraj, ceramah Maulidur Rasul dan dll... Di sampingn itu juga, sebelum anan memeluk agama Islam, sahabatku ini cukup sebulan berpuasa pada bulan ramadhan...satu perkara yg begitu ajaib pada diriku kerana org bukan Islam boleh berpuasa selama sebulan, yg belum tentu mampu dilakukan oleh sesetengah golongan remaja ‘Islam’ pada era kini.


Bermula detik ini, aku berjanji akan menjadi sahabat dunia akhirat buat saudara Ananthan untuk memimpinya melayari bahtera hidup sebagai org Islam dgn lebih sempurna. InsyaAllah..Doaku Mohon dariNya, semoga Allah melicinkan perjalanan hambaNya ini dalam meniti batas-batas perjalanan hidup sebagai umat Islam yg diberkati dan dirahmati Allah di dunia dan akhirat...InsyaAllah...Amin......

Rabu, 22 Julai 2009

adikku tersayang

Hai semua...kali ini aku nk perkenalkan korang dgn adik kesayangan aku...nama adik aku ni MUHAMMAD KAMAL HAZMAN. kami panggil dia mat je. Umur dia skg 8 tahun...nakal tau..mase first time jumpe dulu aku terkejut juga tibe2 dia pukul aku tp aku faham keadaan dia mcm tu..adik aku ni sgt friendly. Ye lah baru sehari jumpe trs boleh ngam dgn aku....tp dia paling tak suka kalo aku pelok nk cium dia..hahhahah...kalo balik rumah mak mmg perkara tu akan aku bt kat dia... skg dia dah tak berani dekat dgn aku sebab dia tahu aku akan peluk n cium dia...hahahhhahha...kelakar sgt2 adik aku ni....dgn abang2 dan kakak2 nya lain selalu je dia usik...lps tu dia gelak kuat2..terhibur betul tgk gelagat dia... Selain sifatnya yang nakal n friendly, satu perkara yang aku kagum dgn adik mat ni ialah dia tak suka mengamuk kalo dia tak dapat barang2 yang dia inginkan..sebagai contoh hari tu dia nak makan ais krim tp mak tak bagi sebab takut boleh bawa effect pada kesihatannya......mula2 tu kami mmg beli aiskrim tu tp last2 masa dia nak naik kete kami letak balik ais krim tu kat dalam peti ais kat kedai tu...bile dah ada dalam kerta dia tanye lah ais krim tu kat mana..tercari- cari dlm beg plastik...tp mak ckap dah tak de...yg aku kagumnya dia tak mengamuk pun nak kan ais krim tu kembali, sebaliknya dia just menitiskan air mata diiringi tangisan yg halus.... pertama kali aku melihat budak seusia tunas itu berpelaku baik dan jujur seperti dia...sampaikan aku sendiri hampir menitiskan air mata melihat keadaan dia sperti itu. so nk tak nk kami terpaksalah amik balik ais krim tu...bagi dia makan puas2...itulah sifat mulia yg aku kagumi dari adik tersayangku...aku sayang sgt2 kat dia..kalo aku duk kat kampus, asyik teringat kat dia je..tp bile tgk pic dia aku tersnyum sendiri.... Doaku mohon , agar Allah memberi kesihatan yg baik serta memudahkan urusannya di dunia ini... Andai adik mat sakit, aku memohon agar Allah mengantikan diriku utk menerima segala penyakit yg di alaminya.... kasih sayang aku terhadapnya tiada tara tandingnya.... Semoga berjaya dalam hidup ye adikku tersayang.......






Selasa, 21 Julai 2009

Gambar- gambar di bawah ini menunjukkan salah satu aktiviti kreatif yg aku lakukan.. Pihak kolej telah meminta aku menghias pentas sempena Family Day awl tahun 2009 baru2 ini. Dengan kurnian yg Allah berikan, aku lakukan hiasan pentas itu mengikut kemampuaan daya kreativiti aku. Proses menghias bermula skitar 2 petang dan berakhir selewat senjanya...Memang penat tak terkata tp bile melihat hasilnya segala kepenatan gugur seperti dedaun kontang yg mati... Apa yang buat aku paling gembira bile hasil kekreativitian aku itu mendapat pujian ramai termasuk pengetua kolej...hihihihi.... dan secara automatik aku dikenali sebagai perunding perhiasan pentas di kolej kediamanku....so setiap acara yang memerlukan perhiasan pentas akan dikendalikan oleh ku,,,,mencapap sangat...hahhahah...so korang kalo nk dapatkan perkhidmatan dari aku leh la contact2 kat no ni -----> 013 _ _ _ _ _ _ _ hihihi,,,jumpa aku kat kolej la senang...harga leh runding...hiihii..aku cash murah2 je...hihihiih























































Khamis, 19 Februari 2009

SENTUHAN KREATIFKU BUAT ABG ARIS DAN AKMAL

assalamualaikum w.b.t.....sudah lama jemari ini tiada tercoret dalam menata di ruangan kreatif yang ku cetuskan dalam blog ni.. Allhamdulilallah cuti semester lalu cukup memberi makna dalam pengisian kelapangan yang diagenda buat kehidupanku...Banyak perkara yang aku lalui dan kecapi sepanjang menghirup ketenangan di kampung..Antara yang paling mengembirakanku ialah dapat menyumbang tenaga serta meraikan perkhwinan abg Aris iaitu abg angkat yang telah sekian lama aku kenali..Aku gembira dan berasa bangga kerana diberi kepercayaan sepenuhnya utk menghasilkan gubahan perkhawinan antara Abg Aris dan Akmal.. aku yg sememangnya berpengalaman dalam dunia seni dan kreatif cuba menghasikan gubahan yg terbaik agar gubahan itu dapat menjadi kenangan indah buat mereka berdua...meskipun penat dihambat dgn terjehanan kesibukan yang melampau, namun aku tekadkan sukma dan kudrat agar hasil kreativiti yg aku lakukan itu dapat menarik perhatian semua pihak..Alhamdulillah penghasilan gubahan itu berakhir dgn penyelesaian yang bermutu dan menarik..buat Abg Aris, aku sanggup berkorban agar hari bermakna bagi nya itu tiada terhambar dalam gulungan kerisauan...SELAMAT PENGANTIN BARU ABG ARIS DAN AKMAL...SEMOGA JODOH KALIAN DIRAHMATI,DIBERKATI DAN KEKAL KE AKHIR HAYAT...WSALAM... berikut antara gubahan yg telah aku hasilkan buat perkhawinan mereka berdua....bye...
BAKUL BUAH- BUAHAN
BAKUL BUAH- BUAHAN


BAJU KEMEJA DAN CICIN


ALBUM DUIT HANTARAN


KOMBINASI BEKAS CINCICN DAN GELANG


ALBUM HANTARAN CINTA

Selasa, 18 November 2008

JaNji SeOrAnG AnAk.....


Baru- baru ini aku telah menonton drama bersiri bertajuk "JANJI SEORANG ANAK"..Sebuah drama yang terwadah dengan taburan yg penuh tersirat dan melankolik....Drama ini mengisahkan tentang janji seorang anak pintar yg lahir dari keluarga miskin untuk mengubah nasib keluarganya ke medan kebahagiaan dan keluar dari uncang keperitan yg membaluti ranjau kehidupan mereka...namun, janji yg ditabur sekadar manis dibibir yg bisa diluak tanpa merugikan kudrat yg menutur.....Si Anak hanya mampu meracunkan fikiran Si Tua dengan bait- bait rayuan yg mengsyahdukan. Lantas Si Tua yg bebal mendungu hanya menanti dan menanti cahaya kegemilangan yg dijanjikan oleh anak yg tercinta....segala harta di pajak gadaikan agar Si Anak tidak tersiksa dalam meniti perjuangan sebagai pelajar...Namun...namun dan namun....janji- janji manis yg pernah dilafazkan oleh si Penderhaka itu menikam dan membunuh sukma seorang ibu tua yg dalam kekhayalan dibuai mimpi- mimpi indah....akhirnya penistaan dan penghinaan yg menjadi sajian buat Si Ibu yg ikhlas dalam menatang zuriat yg dikandung dan dilahirkan itu.... Allah Maha Berkuasa, maka kehancuran dan kejelekan hidup Si Anak menjadi wardah pertempuran sisa- sisa pembalasan terhadap perbuatannya...Si Anak yg terlantar layu di ambang pengakhiran kehidupannya begitu daif, jijik, tersiksa utk melangsaikan hembusan nafas- nafas terakhir itu...akhirnya.... berakhirlah riwayat kehidupan Si Anak dgn penuh kecelakaan dan kehinaan di sisi Allah S.W.T....

Melihat drama ini, jiwaku begitu menghambat dalam kemelut kedukaan yg begitu tajam menghiris sukma sepi ini..aku tersedar dari lambungan- lambungan kekhayalan yg ku jamah ketika ini...terjehan-terjehan silam begitu rancak menerobos benak lalai ini....lupakah aku pada janji- janji yg pernah ku madah sebelum mengorak langkah ke menara gading ini??? Wahai kudrat yg berpaksikan tiupan Roh yg menemani perjalanan hidupmu yg seketika....bangkitlah dari keasyikan, kekhayalan, dan kelekaan duniawi ini.....sedarlah wahai kudrat....hidup ini sekadar picisan dalam penilaian meniti kehidupan yg kekal abadi...berdirilah kamu dalam landasan yg benar dan nyata menuju syariat Illahi...suburkan singgahan hidupmu di dunia ini dengan benih-benih ketakwaan, ketaatan dan keimanan kepada Allah yg satu...kerana itu menjanjikan kebahagian yg kekal dalam ayunan keasyikan yg tiada tandingan di dunia ini........

Sabtu, 15 November 2008

Rintihan Jiwa Hina Disisi Allah S.W.T




Ya Allah mengapa begitu pantas rentetan dugaan yg Engkau takdirkan buat ku hambaMu yg hina ini. Takdir yg termakhtub dalam landasan yg ku bina sendiri...Ya Allah mengapa aku begitu lalai dalam melaksana dan mengikuti ajaran dan laranganMu? Subhanallah, Allahuakhbar....aku tidak sanggup meniti ranjau ini...aku takut, aku gemuruh dan aku gusar meniti detik- detik waktu yg tersisa ini...Ya Allah...mengapa aku begitu rancak membuai diri dalam bisikan syaitan yg durjana itu? Aku lemah, aku kaku dan aku pasrah mengorak langkah ke lembah kehinaan dan kedurjanaan...Astargfirullahhalazim......wahai kudrat...tidakkah kau merasa gigil berpenghuni di istana Neraka???....Ya Allah aku tak sanggup dimamah dalam marakan api neraka yg menggila.....Allahuakhbar.....siksanya jasad ini andai begitu agendanya......Ya Allah...Engkau Tuhanku yg Satu....Engkau sirami dan taburilah berjuta Hidayah kepadaku hambaMu yg hina dan dusta ini...bukakanlah pintu- pintu taubat buatku...aku tidak sanggup MenemuiMu dalam kejelikan dan kejijikan disisiMu......Astargfirullahalazim........

Jumaat, 14 November 2008

Sahabat Palak Ilak......





Ini iskandar, salah seorang sahabat baik aku kat UKM ni....huhuhu...Is ni 1 pusat pengajian dengan aku. Asalnya nun jauh disana..tahu tak kat mana? Sarawak la...dia ni mmg kelakar gile. mmg sebati, sejiwa, sebulu dan bla....bla....bla... la dgn aku..kalau duduk bersembang dgn dia mmg tak lpas dari mengutuk orang dan bercakap pasal prkara yg gila- gila...hahahhaha.....selain kepala kami yg biol ni, kami juga turut berkongsi minat yg sama iaitu nyanyi, menari dan yg paling pting buat 'Manuskrip'.hahahahh..ha..bercakap pasal manuskrip ni korang jgn salah anggap plak...manuskrip yg aku maksudkan tu ialah berchatting la..hahhaha...saje je guna perkataan macam tu...baru nampak 'ilmiah' sikit..hahahhahhaa...masih segar dalam ingatan aku mase kami sama- sama buat short sem dulu..hari- hari mmg akan lepak kat pusanika utk buat manuskrip dan yg pting kadang- kadang kami bermanuskrip sampai pukul 15.00 pagi..hahahah..ha...mase nk balik ke kolej tu yg pling kelakar, aku selalu usik si Is ni dgn certa-certa hantu..pe lagi mmg lari lintang pukang la mase nk balik tu...dan yg sangat- sangat melucukan bila aku tgk Is ni berlari...macam badak je...hahhha...ye lah dia kan memiliki tubuh ala- ala Gorrila..nk terputus urat jantung aku tgk dia mcm tu...hahhhha...pe-pe pun kenangan itu sungguh indah dalam lipatan sejarah yg lalu...aku harapkan persahabtan yg terbina antara aku dgn Is ni akn terus utuh di limpahi keberkhatan Illahi.....ko faham tak maksud "Berkat" tu Is oiiiiii.....wahhhhhhhhhhhhh....hahhahahahh

Bidadari Yang Menyinari Sukma Kelamku.....





Alhamdulillah Allah telah menakdirkan seorang Hawa yg bernama Siti Nuratikah untuk menemani perjalanan kehidupan sepi ku ini....masih terimbau detik-detik pengenalan antara kami berdua....pertemuan yg tertakdir oleh kabus- kabus yg menerawak dalam agenda yg tidak dirancang....satu detik bertentangan mata denganmu, ku rasakan sesuatu yg aneh telah membobrok remuk sukma kudusku ini. entah mengapa, jejaran waktu dan masa sering menghanyutkan aku dalam dakapan wajah mu yg sungguh menawan dan mengasyikkan. raut wajah yg jika dipandang bisa memekarkan kuntuman- kuntuman mawar yg layu dalam batasan gelora yg menggila..yg bisa meranapkan kilauan megah mentari yg maha bercahaya dan yg bisa memusarkan relung- relung ombak yg tiada bernokhtahkan perhentiaan. Bermula detik itu...aku bertekad untuk memilikimu walau berjuta badai membidas perjuanganku dan walau bergunung uncang- uncang dugaan yg memanah kudrat kegigihanku....Jelas dan nyata...perjuangan untuk bertakhta dalam sanubarimu begitu sukar dan rumit untuk dicapai...Detik- detik yg bersilih berjejeran menongkah arus waktu, namun kau tetap membisu...aku hampir longlai dan lemah dalam mercu pertempuran yang ku rangka sendiri..... Mungkin sudah termaktub dalam wadah antonim...Yang mana akasara 'Kalah' akan menemui aksara 'Menang'. Begitu juga perjuanganku...Kegigihan, kesungguhan, kekuatan jiwa dan kemantapan emosi telah menganugerahkanku erti kegemilangan yg sebenar.....Syukur Alhamdulillah bidadari yang ku impi dan ku idamkan akhirnya tersandung jua dalam dakapan kasih yg penuh ketulusan dan keikhlasan dalam sepasang atma yg begitu erat tersimpul melayari bahtera kebahagian bersama...InsyaAllah ikatan ini pasti bertaut kukuh dalam sebuah tasik kesucian yg abadi.......aku cinta padamu SITI NURATIKAH.........