Bersama adikku Nonis. Aku hairan betul la, setiap kali raya baju kami mesti sama sedangkan kami tak pernah pun rancang. Mungkin ini dikatakan tadir hidup. Adik aku ni umur dia 21tahun. Beza setahun je dengan aku. Sekarang kerja sebagai Pembantu Am dekat syarikat pelabuhan Kargo di Kemaman, Terengganu. Tp orang selalu cakap dia kakak aku sebab muka dia nampak matang. Ye ke? maknanya aku ni muka ala- ala 'Baby Face' la..huhuhu...terima kasih bagi mereka yang menganggap aku begitu.hihihihihi..semoga ukhwah persaudraan antara kami terpaut utuh dalam lingkaran agama yang kuat...salam
Khamis, 30 Oktober 2008
KaNdiD- KaNdiD RaYa AiDiLfiTrI 2008
Bersama adikku Nonis. Aku hairan betul la, setiap kali raya baju kami mesti sama sedangkan kami tak pernah pun rancang. Mungkin ini dikatakan tadir hidup. Adik aku ni umur dia 21tahun. Beza setahun je dengan aku. Sekarang kerja sebagai Pembantu Am dekat syarikat pelabuhan Kargo di Kemaman, Terengganu. Tp orang selalu cakap dia kakak aku sebab muka dia nampak matang. Ye ke? maknanya aku ni muka ala- ala 'Baby Face' la..huhuhu...terima kasih bagi mereka yang menganggap aku begitu.hihihihihi..semoga ukhwah persaudraan antara kami terpaut utuh dalam lingkaran agama yang kuat...salam
Selasa, 28 Oktober 2008
1 Syawal Yang Sungguh Ceria......
Foto ini diambil pada 1 syawal yang lalu. Pada tahun ini, satu kelainan yang sungguh menakjubkan. Kelainan tercetus lantaran keheningan pagi dikunjungi sekumpulan kanak- kanak sekampung untuk berhari raya. Meriah!!!!!...talkala diserbu, aku tersenyum sendiri, begitu lucu perwatakan mereka..teringat rentak laku aku suatu ketika dahulu...Datang beraya dengan satu tujuan iaitu mengutip seberapa banyak duit raya.. Sungguh asyik terimbau kenangan lalu. Tapi kini, peredaran bumi yang berputar dalam paksinya...telah mengubah gaya dan perwatakan itu. Aku tidak lagi berderetan bersama teman-teman menuju ke setiap rumah tapi kali ini aku pula yang meghulurkan duit raya kepada kanak- kanak yang datang bertandang. Indah, dalam dakapan memori yang lalu...........
Ahad, 12 Oktober 2008

BERTANGASAmalan bertangas biasanya dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan prolapse (keluar tombong).
Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.
Ramuan Tangas:9 keping asam gelugur
2 camca besar garam jantan
3 helai daun sirih (Piper betel)
Segenggam inai (Lawsonia terma)
Halia sebesar ibu jari (Zingiber officinale)
3 biji manjakani
Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.





Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit.Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.
Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal.
Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita.Kebanyakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri
Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.
Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang.
Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi (Vitex negundo), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai (Lawsonia terma), daun bonglai, daun mengkudu (Morinda citrifolia) dan rempah halba.
Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi:1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
10 helai daun limau purut
6 batang daun serai bersama serai
Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
Segenggam halba (dipunjutkan)
CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI:
Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.


Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman.Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam.Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi.Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut
.
Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya:
Minyak kelapa [Dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak]3 camca besar halba
4 cm halia (Zingiber officinale)
4 cm kunyit hidup (Curcuma domestica)
3 ulas bawang putih (Allium sativum)
5 biji bawang merah (Allium cepa)
Cara membuat: Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.
Jumaat, 10 Oktober 2008
Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak .Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan.Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia.Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan.Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada).Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.Justeru, bertungku adakala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.
PETUA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN
Ahad, 14 September 2008
Perjalanan Bertempelkan Kesengsaraan....:-(
Mengapa begini??
di bening yang indah
kusam, kelat dan kabut
aku benci agenda bobrok ini
Ya Allah..
hatiku bungkam dalam meniti perjalanan pulang ini
tak seindah dan semekar
yang terdetik sebelum ini
mengapa begini??
penuh kesentakan menongkah arus waktu
aduh!!! sungguh celaru...
ayuhla detik berlalu pergi
ku tak sanggup begini..
Ya Allah..
begitu jauh tersasar masa dan landasan ketetapan
degup- degup kencang rancak berkocak
dalam benak sukmaku
aku tangkas, aku berani namun aku cuai
mengapa begini??
Ya Allah..
lama ternanti detik ku idam
jelas termakhbul dalam kabus kesesakan
bahagia dalam lilitan lara dan duka
mengapa begini??
kentalkan dirimu wahai kudrat
eratkan pegangganmu terhadapNya
kukuhkan kepercayaan pada qada' dan qadar Illahi.....
Sabtu, 13 September 2008
KaK LoNg DaN AbG SaLaM.....


Alam perkhawinan sememangya sesuatu yang indah dan sering diimpikan oleh setiap insan didunia ini. Setiap manusia telah diciptakan oleh Allah S.W.T untuk hidup berpasang-pasangan. Seperti juga aku yang begitu kepingin untuk menyimpul buih- buih cinta bersama insan tersayang.. Namun aku gusar dalam meniti batas- batas kehidupan sebegitu.. Mampukah aku menjalankan tanggungjawab dan memberi nafkah yang sempurna kepada insan yang sanggup berkongsi suka dan duka dalam membina sebatang tiang kehidupan bersamaku.. Adakah aksara puitis dan indah hanya mampu diwardahkan sekadar manis di bibir dan semurah luahan dalam lantunan kata- kata???????.. Yang pastinya hanya ikatan kudus yang terjalin adalah bersadar dari sukma yang ikhlas dan lulur dalam tempelan kasih, sayang dan cinta yang tersimpul dalam arena takdirNYa.............