Jumaat, 10 Oktober 2008

BERTUNGKU
Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak .Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan.Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia.Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan.Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada).Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.Justeru, bertungku adakala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

PETUA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

BERPANTANG TRADISIONAL MELAYU

Bagi ibu-ibu muda tempoh berpantang merupakan satu pengalaman baru. Badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya.Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.


RAWATAN TRADISIONAL

Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang.Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang.Misalnya, cara wanita Kelantan mungkin berbeza dengan orang utara. Begitu juga ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina atau India berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka.Walau apa jua cara yang digunakan, tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepas bersalin.Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai dan terjawab tentang rawatan selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan pusaka. Apa lagi kalau hendak dihuraikan secara saintifik kerana masih belum ada penyelidikan dijalankan untuk membuktikan kebaikannya terhadap kaum wanita.Namun kita sedia maklum akan khasiat herba dalam mengubati beberapa penyakit seperti akar Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia, Bunga Pakma dikenali juga sebagai Rafflesia, Kacip Fatimah iaitu Labisia pumila dan lain-lain lagi.Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu.Antara rawatan tersebut adalah bertungku, berurut, mandi herba dan mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum.

Ahad, 14 September 2008

Perjalanan Bertempelkan Kesengsaraan....:-(

Ya Allah..
Mengapa begini??
di bening yang indah
kusam, kelat dan kabut
aku benci agenda bobrok ini

Ya Allah..
hatiku bungkam dalam meniti perjalanan pulang ini
tak seindah dan semekar
yang terdetik sebelum ini
mengapa begini??
penuh kesentakan menongkah arus waktu
aduh!!! sungguh celaru...
ayuhla detik berlalu pergi
ku tak sanggup begini..

Ya Allah..
begitu jauh tersasar masa dan landasan ketetapan
degup- degup kencang rancak berkocak
dalam benak sukmaku
aku tangkas, aku berani namun aku cuai
mengapa begini??

Ya Allah..
lama ternanti detik ku idam
jelas termakhbul dalam kabus kesesakan
bahagia dalam lilitan lara dan duka
mengapa begini??
kentalkan dirimu wahai kudrat
eratkan pegangganmu terhadapNya
kukuhkan kepercayaan pada qada' dan qadar Illahi.....


Khalifah Farwis
Hentian Pudu-28 ogos 08 [11.30pg]





Sabtu, 13 September 2008

KaK LoNg DaN AbG SaLaM.....




















Alam perkhawinan sememangya sesuatu yang indah dan sering diimpikan oleh setiap insan didunia ini. Setiap manusia telah diciptakan oleh Allah S.W.T untuk hidup berpasang-pasangan. Seperti juga aku yang begitu kepingin untuk menyimpul buih- buih cinta bersama insan tersayang.. Namun aku gusar dalam meniti batas- batas kehidupan sebegitu.. Mampukah aku menjalankan tanggungjawab dan memberi nafkah yang sempurna kepada insan yang sanggup berkongsi suka dan duka dalam membina sebatang tiang kehidupan bersamaku.. Adakah aksara puitis dan indah hanya mampu diwardahkan sekadar manis di bibir dan semurah luahan dalam lantunan kata- kata???????.. Yang pastinya hanya ikatan kudus yang terjalin adalah bersadar dari sukma yang ikhlas dan lulur dalam tempelan kasih, sayang dan cinta yang tersimpul dalam arena takdirNYa.............

Ibu..
Ku sisip puisi kasih buatmu
Ku renung gambaran wajahmu
Ku terkesima...
Ku terkedu...
Begitu besar pengorbananmu
Kau umpama mentari
Menyubur kesegaran alam
Yang sungguh mendamaikan
Begitu asyik talkala menikmatinya

Ibu...
Utuhnya semangatmu
Seutuh pepohon cengal
Yang begitu erat mendakap bumi
Seluas terbentangnya lautan berkocakan
Setinggi kemuncak awan
Yang tak bisa ku capai dan ku jamah
Dengan lambaian kudrat
Yang tak mampu kupupuk
Menyaingi rumpunan
Duri dugaan cabaran yang kau lalui

Ibu...
Kau tersandang dua gelaran
Kau ibuku...
Kau jua ayahku...
Sungguh kagum ternobat begitu
Kau peneraju dalam mengangkat
Keluluhan jiwa- jiwa hawa yang berguguran
Yang ditiup gerhana kesah dugaan dan takdir
Lalu sukma itu mekar
Berkembang indah
Umpama mekarnya kuntuman- kuntuman
Mawar berduri
Yang bukan hanya indah di tatap
Harum dihidu
Tapi yang nyata sukar dijamah
Kaulah satu ibuku
Permata dalam menyinar
Kekelaman atma yang luluh berkecai
dalam keruduman takdir
Kaulah segalanya...



Khalifah Farwis

ANAK SAUDARAKU YANG TERSAYANG.....

ALLAHYARHAM MUHAMMAD SYAZANI AQWA BIN SHARIFAH AZIANA....

MUHAMMAD SYAZANI AQWA BIN ABDUL SALAM TELAH DILAHIRKAN PADA HARI JUMAAT BERTARIKH 15.08.2008 PADA JAM 5.30 PETANG DI HOSPITAL TENGKU AMPUAN ZAHARAH, KUALA TERENGGANU...MERUPAKAN CAHAYA MATA KEDUA SELEPAS KEGUGURAN SAUDARANYA YANG TERDAHULU..TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA HARI SELASA BERTARIKH 02.09.2008 PADA PUKUL 2.30 PAGI DI KEDIAMAN AYAH SERTA IBU DI KG BUKIT KUANG, KEMAMAN DAN DIKEBUMIKAN DI KAMPUNG HALAMAN AYAHNYA DI KAMPUNG PULAU RUSA , KUALA TERENGGANU TEPAT JAM 11.OO PAGI..PEMERGIAN ARWAH MERUPAKAN SATU DUGAAN DAN CABARAN YANG BESAR BUAT KEDUA IBU BAPANYA TERUTAMA IBU YANG MELAHIRKANNYA......


Selamilah hati insan yang kesunyiaan ini dalam arus kepompong duka dan dugaan yang tiada paksi berpenghujung...